Salam, selamat siang(menulis time siang).
Sejak balik ke Malaysia pada 19hb Apr dan kemudian datang kembali ke Indo pada 3rd May, aku tak update langsung blog.Sebabnye time kat Malaysia banyak benda nak kene buat, dan aku juga malas.haha.Cerita kat malaysia tak perlu tulis kat sini sebab takde menda menarik yang berlaku.
so, sekarang suda kembali ke Jakarta untuk kali kedua. Atas urusan business. untuk 2 bulan.
|
Dalam ERL pergi KLIA. |
|
Tunggu flight, makan subway nuar belanja.TQ!
|
I already got my business visa. TETAPI, still kena tahan dengan Imegresen Indonesia kat airport selama lebih kurang 20 minit. haha.
" Pak, datang ke Indo untuk urusan apa?" tanya pegawai imegresen yang baju putih nya seperti baju sekolah budak darjah 5 lepas main kejar2 time rehat.
" Urusan business dan meeting pak" jawab aku dengan yakin. sebab da ade visa business, so rase nye takde masalah.
" tapi ngapain sampei 60hari meeting?"die tanye lagi.
"Meeting, training pak" aku cuak.
" bapak biar bener, datang meeting atau kerjain di sini pak"
"bener, meeting dan training" aku pucat dah kot masa ni
*TIPS*- Jangan cuak dan buat muka pucat kalu kene soal dengan imegresen. haha
The coversation dragged for about 20-30 minutes. i called my boss, my colleagues in Jakarta to prove that i'm on business trip... Tapi imegresen yang bodoh tu masih tidak percaya. dah ape guna aku ada visa business?haih.
Last2, die cop jugak passport tu. haha. Tapi lepas tu aku trauma, stress dan macam2 lagi (drama skit).
Balik ke company dormitory kat Taman Anggrek,Jl. S. Parman, Grogol ..hihi.
Gambar dari bilik. So ni la gambar dormitory kampeni kami. Swimming pool itu hanya dipenuhi lelaki2 dan wanita2 berumur sahaja. tiada apa menarik utk dipandang. lol.
Dan bermulah rutin2 harian yang biasa di sini. Ada kawan2, tapi tiada teman2 seperti di Malaysia. Kawan2 yang baru kenal 1-2 bulan tak sama macam teman2 yang dah kenal 3-4 tahun. Tambahan, kawan2 dari Malaysia kat sini semua nya non-Malay. So mungkin ade menda yang terbatas sedikit bila berkawan dengan diorang, but they are cool though.Yang pasti, DOTA tetap boleh main sama2.haha.
|
sunset dari bilik. ni bukan dari D90 ok. kamera cap ayam. |
Untuk 2 bulan ni, kerja lebih banyak dari kali pertama aku datang ke Indo sebulan yang lepas. Takde masa nak rehat sangat. Harap boleh tempuhi semua dengan jaya.huhu. Kali ni lagi ramai kirim ole2, tengok lah macam mana nanti kot ada masa pegi mana boleh shopping murah2. kamera d90 pon tak buat kuar lagi. ade 50mm je nak utilize.huhu
Ku mohon doa rakan2 dan keluarga agar aku dapat menjalani kehidupan di sini dengan tenang dan di jauhi dari segala bentuk dosa.
Mari sama2 betulkan niat bekerja, Lillahi-taala. Di hantar ke sini untuk mencari rezeki halal, bukan berpoya-poya.
Rabbi yassir, wa la tu assir.