Nak tulis sesuatu yang berbeza sikit.
Sekarang dalam berita kat malaysia, sibuk pasal fahaman wahabbi + syiah adalah ancaman kepada negara.
aku bukan orang agama nak cerita secara details pasal kedua2 fahaman tersebut.
Yang aku tau, syiah ni die melebih2 kan Sayyidina Ali dalam setiap perkara.
Zikir, doa, dan sbg nya. Ada yg lebih ekstrim menambah nama Sayyidina Ali dalam kalimah shahadah.
Perihal wahabbi pula, benda ni aku kurang arif. cuma yang terdengar, fahaman wahabbi ni ekstrim sedikit.
Mereka sangat particular pasal menda2 bid'ah ni.
Tapi, kenapa fahaman sekular,islam liberal atau sebagainya tidak menjadi suatu ancaman kepada negara?
Sebagaimana kita tahu, di malaysia fahaman islam nya adalah fahaman sekular.
cuma tidak seteruk fahaman sekular di turki.
kerana kat malaysia, masih ada golongan2 yang menentang fahaman2 sekular ni.
tapi jika tak di jaga, fahaman sekular ni boleh merebak seperti kanker kanser.
my point is, kalau syiah,wahabbi boleh di katakan sesat, kenapa sekular takleh panggil sesat?
adakah sebab sekular ni amalan orang2 atasan, jadi takut nk labelkan sekular itu sesat?
just my 2cents.